
Ntah kenapa jari akak tiba-tiba gatal nak picit remote tv kat bilik ni
dah berbulan akak tak nengok tv bilik
sebab tv ni blur sket, almaklumlah pakai aerial yg hulur luar tingkap
semata-mata sebab nak dapatkan channel tv3
jam 9 pagi, tv3 menayangkan siri Haiwan Teladan sempena Ramadhan
tup tup kuar pulak klip video Salamun Salam...
sedapnyer... terus akak jatuh hati dengan lagu ni...
lebih2 lagi bila nazrey johani menyanyi...
merdu sekali suara dia...
dan dengan tidak semena-mena hati akak terus jadi rindu
rindu pada kampung halaman yg dah setahun akak tak jengok
rindu pada kenangan bernasyid bersama Raihan sewaktu masih bergelar siswazah
rindu pada saudara-saudara perempuan akak semasa kita bergelar kumpulan nasyid Najwa
rindu pada suasana keislaman yg dapat dihidupkan oleh stesen tv seperti tv3 dan tv9
rindu ini pastinya terubat tidak lama lagi...
akak akan pulang ke kampung halaman
akak pasti bertemu dengan sanak saudara
cuma yang belum pasti, adakah rancangan seperti Haiwan Teladan dapat dinikmati oleh anak-anak di temasek ini tanpa aerial tv di luar tingkap!


