Dah hampir setahun badan akak ni tak diurut, tak dimanja….
Urat-urat ni semua dah bersimpul-simpul dah…
Sket lagi boleh tersimpul mati!
Jari-jemari akak yang sibok menaip ni pon, kalau boleh jerit, dia dah jerit agaknyer
Tak cukup dgn keje-keje yg biasa, akak tambah lagi keje dia sabtu lepas
Sampai pukol 4 pagi akak paksa jari-jemari ni menjahit…
Jahit tangan tau, gara-gara nak sangat buat tudung munawwarah sendiri
Kesian jari-jemariku…
Sian pinggang yang lengoh ni….
Kesian sangat dengan tuan empunya badan….. hehehe
Kesian punya kesian, akak pon pegi SPA!
Akak sebenarnyer dah lama tercari-cari spa yang best kat temasek ni ha
Sebab kat sini akak lom pernah try mana2 spa pon
Kalau kat KL tu biasa gak…
Jadi based on a friend’s recommendation, akak pon pergi lah satu spa yang glamer di kalangan orang kiter…
Kat area arab street sana nun
Oleh kerana akak ni busy konon, sentiasa kesuntukan masa, akak cuma ambik package yg 4-in-1 for 90mins
Ada Balinese massage, lulur, wrap n scalp treatment
Bunyiknyer macam best kan?
Akak pon pergilah dengan harapan yang meggunung tinggi
Sayangnya harapan akak hancur berkecai!
Akak rasa tak brapa best la…. L
Disappointed betol!
Jika dilihat dari aspek servis, akak kata tak best sebab sepanjang treatment dari mula hingga akhir, si therapist tu tak explain apa2 pon…
Sampaikan bila dah habis, dia kuar, akak masih nunggu ingat blom abis….
Dari aspek teknik urutan akak rasa kurang best sebab dia tak focus pada point2 tertentu pada badan
Spa lain yg akak pernah pegi, ada tertib tertentu digunakan dalam teknik urutan
Ketelitian pon kurang di sini…
Dari aspek kualiti bahan yg digunakan agak kurang berkesan …
Selalunya lepas dilulur, kulit akan terasa halus mulussss
Yang ni, dah lepas lulur and wrap, tak jadi mulus pon…
Yogurt wrap dia lak, sepaham akak la kan, kalau nama wrap tu maknanya badan kita akan diwrap la, wrap keliling tummy, keliling thigh…dengan kain ker… dengan plastic ker…
Ini tidak, dia sekadar menggunakan plastic besar yg dah diletak di bawah alas massage bed tu
Dia naikkan plastic tu untuk tutup kiri kanan badan akak yg tengah baring ni
Wrap ke macam tu???
Kalau diperhatikan dari aspek ambience pulak, dengan biliknya yang kecik sebab dibuat beberapa partitions memang lah sangat jauh bezanya dengan my favourite spa - Martha Tilaar Eastern Rejuvenating Spa at Crown Princess Hotel, KL.
Sayangnya di temasek takder Martha tilaar. Di johor pon takder… L
Kat johor ader Serenity Spa…
Hmmm I wonder whether it is as good as Martha tilaar….

