Monday, January 19, 2009

Spa Best? Spa Tak Best?

Dah hampir setahun badan akak ni tak diurut, tak dimanja….

Urat-urat ni semua dah bersimpul-simpul dah…

Sket lagi boleh tersimpul mati!

Jari-jemari akak yang sibok menaip ni pon, kalau boleh jerit, dia dah jerit agaknyer

Tak cukup dgn keje-keje yg biasa, akak tambah lagi keje dia sabtu lepas

Sampai pukol 4 pagi akak paksa jari-jemari ni menjahit…

Jahit tangan tau, gara-gara nak sangat buat tudung munawwarah sendiri

Kesian jari-jemariku…

Sian pinggang yang lengoh ni….

Kesian sangat dengan tuan empunya badan….. hehehe

Kesian punya kesian, akak pon pegi SPA!

Akak sebenarnyer dah lama tercari-cari spa yang best kat temasek ni ha

Sebab kat sini akak lom pernah try mana2 spa pon

Kalau kat KL tu biasa gak…

Jadi based on a friend’s recommendation, akak pon pergi lah satu spa yang glamer di kalangan orang kiter…

Kat area arab street sana nun

Oleh kerana akak ni busy konon, sentiasa kesuntukan masa, akak cuma ambik package yg 4-in-1 for 90mins

Ada Balinese massage, lulur, wrap n scalp treatment

Bunyiknyer macam best kan?

Akak pon pergilah dengan harapan yang meggunung tinggi

Sayangnya harapan akak hancur berkecai!

Akak rasa tak brapa best la…. L

Disappointed betol!

Jika dilihat dari aspek servis, akak kata tak best sebab sepanjang treatment dari mula hingga akhir, si therapist tu tak explain apa2 pon…

Sampaikan bila dah habis, dia kuar, akak masih nunggu ingat blom abis….

Dari aspek teknik urutan akak rasa kurang best sebab dia tak focus pada point2 tertentu pada badan

Spa lain yg akak pernah pegi, ada tertib tertentu digunakan dalam teknik urutan

Ketelitian pon kurang di sini…

Dari aspek kualiti bahan yg digunakan agak kurang berkesan …

Selalunya lepas dilulur, kulit akan terasa halus mulussss

Yang ni, dah lepas lulur and wrap, tak jadi mulus pon…

Yogurt wrap dia lak, sepaham akak la kan, kalau nama wrap tu maknanya badan kita akan diwrap la, wrap keliling tummy, keliling thigh…dengan kain ker… dengan plastic ker…

Ini tidak, dia sekadar menggunakan plastic besar yg dah diletak di bawah alas massage bed tu

Dia naikkan plastic tu untuk tutup kiri kanan badan akak yg tengah baring ni

Wrap ke macam tu???

Kalau diperhatikan dari aspek ambience pulak, dengan biliknya yang kecik sebab dibuat beberapa partitions memang lah sangat jauh bezanya dengan my favourite spa - Martha Tilaar Eastern Rejuvenating Spa at Crown Princess Hotel, KL.

Sayangnya di temasek takder Martha tilaar. Di johor pon takder… L

Kat johor ader Serenity Spa…

Hmmm I wonder whether it is as good as Martha tilaar….

Wednesday, January 7, 2009

Pembeli Bakugan cont.

Ada yg tanya ‘Pembeli Bakugan’ tu aper….?

Ni mesti kes takder anak lelaki

Atau kalau ada pon, masih kecik kan…

Sebenarnyer itu gelaran anak akak untuk abahnyer…

Kalau masuk Toy ‘r Us atau Kiddy Palace takder lain yang dia mintak…

Kalau tak Bakugan, Ben10

Nak tau Bakugan tu aper?

Akak pon tak arif la mainan budak2 lelaki ni…

Akak pon rujuk la www.bakugan.com

Secara ringkasnyer… Bakugan Battle Brawlers are action-figure warriors, that are tucked into spheres that pop open when they're rolled onto a game card

Jangan terkejut, Bakugan is one of the top searched items in ebay!

Cute jugak la benda nyer…

Battle dia camner.. jangan tanya akak yer….

Bila tengok anak2 main n happy… kita pon suka….

Tapi bila hari2 mintak belikan, akak pon naik cuak jugak

Jadi akak pon bertanya pada si anak…kenapa dah ada 2 masih tak cukup

Nak tau dia jawab aper?

“Tu kat tv tu cakap COLLECT THEM ALL

Hmm… fahamlah akak….

Jadi.. akak pon cubalah ambil langkah2 seperti di bawah:

1) Ajar dia bezakan antara rancangan tv dan iklan
Akak cerita la sekali pengaruh advertisements ke atas kanak-kanak…

2) Bila dia paster sangat, akak suruh dia kumpul duit sendiri untuk beli Bakugan tu… seminggu lebih kumpul baru dapat $7.95… baru dia tau value duit tu… jadi sekarang dia dah tau erti ‘membazir’

3) Yang ni paling penting, akak ajar dia sikap dan perasaan bersyukur….Akak tunjukkan pada dia segala nikmat yang Allah beri pada dia… yang mungkin kanak-kanak lain tak ader…

Ibu-ibu… bapak-bapak….mommy, daddy summer wat camner lak?

Friday, January 2, 2009

Rambutku.. Mahkotaku...

Adoiiii...
Kat temasek ni, susah betol nak cari salun2 rambut yg hairdresser nyer cuma wanita...
Dah jadi semacam trend pulak every hair salon mesti ada hairdresser lelaki
Jenuh akak mencari....
Bukak newspaper, salun2 muslimah semuanya jauh2... kat geylang.. kat bedok....
Tak nampak pon yg area west or north of spore :(

Sedih sangat, akak membawa diri ke seberang tambak....
Akak suka sekali dapat salon yg sumer hairdresser wanita...
Salunnyer lengkap dengan bilik khas untuk muslimah
At last, terbelai jugak rambut akak.... :))

p/s: Ada yang nak rekemen salon muslimah best kat temasek?